- Minerals such as calcium get deposited in the kidneys during the waste excretion process and these can lead to the formation of small crystals in the urine. These crystals will bind together and can become even as large as tennis balls. Such stones will obstruct the flow of urine and cause severe back pain and upper stomach pain.
- Splenic Abscess - Splenic abscess will occur when a person has pus in abnormal amounts in the spleen. This is caused by a bacterial infection which is in the blood stream. This condition occurs mostly in persons with low immune systems. Symptoms include left upper abdominal pain, fever, nausea, vomiting etc.
Sakit perut memiliki beberapa jenis penyebab dan cara rawatannya juga berbeza-beza. Sakit perut biasanya bermula dengan gejala-gejala umum seperti mual, memulas, terasa sakit dalam perut, sembelit dan sering buang air besar.
Cara dan rawatan hilangkan sakit perut
Sakit perut memiliki beberapa jenis penyebab dan cara rawatannya juga berbeza-beza. Sakit perut biasanya bermula
dengan gejala-gejala umum seperti mual, memulas, terasa sakit dalam perut, sembelit dan sering buang air besar.
Terkadang banyak faktor penyebab terjadinya sakit perut ini sama ada terlebih atau terkurang makan, makan makanan yang pedas, makan sudah tamat tempoh, makanan basi atau makan terlalu manis juga boleh mengakibatkan terjadinya sakit perut.
Biasanya bila dah makan macam-macam benda yang pedas, yang manis maka perut pun boleh meragam.
Yang tak boleh makan pedas pun nak makan atau perut boleh juga jadi terkejut bila menerima makanan dengan kuantiti yang banyak dan serentap seperti dibulan puasa ini.
Kat bawah ini petua daripada orang-orang tua dahulu untuk cara dan rawatan hilangkan sakit perut :
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh diamalkan.
Akar bunga matahari
Bahan: Akar bunga matahari kering secukupnya dan air panas sebanyak setengah gelas.
Cara pengubatan: Akar bunga matahari kering ditumbuk hingga halus, kemudian dimasukkan kedalam setengah gelas air panas. Minum air akar bunga matahari tersebut seperti minum kopi sebanyak 2-3 kali sehari.
Biji jati belanda
Bahan: Sediakan 13 butir biji jati belanda dan setengah gelas air panas.
Cara pengubatan: Pertama-tama biji jati belanda disangrai kemudian ditumbuk hingga halus. Seduh hasil tumbukan tadi dengan setengah gelas air panas. Minum ramuan ini selagi masih hangat.
Daun Cermai
Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun ceremai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.
Buah Kapulaga
Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebuslah kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah dingin, buahnya dimakan.
Semoga artikel cara dan rawatan hilangkan sakit perut dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda ada petua yang lain berkaitan rawatan sakit perut bolehlah di kongsikan disini :)
Source and citation:
http://akuanakpahang.blogspot.com/2012/07/petua-hilangkan-rasa-sakit-perut.html
http://manfaatnyasehat.blogspot.com/2013/09/obat-sakit-perut-alami-mulas-melilit.html
Anda mungkin menyukai:
Cara dan rawatan menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat
Cara mencegah dan mengubati penyakit diabetes
Tips dan cara merawat luka
Tips cara kurus turunkan berat badan
Cara hilangkan sakit dan pening kepala
No comments:
Post a Comment